Isnin, 25 Jun 2012

Jom Berkongsi Ilmu melalui Pengalaman

Dah 2-3 hari tubuh ni terasa sakit di bahagian ari-ari.. risau sgt. terpikir sejenak adakah tubuh ni dah kena penyakit Batu Karang.. Ya Allah jauhkanlah diriku ini daripada penyakit dan musibah..

Tak terpikir pula nak pegi klinik sedangkan kalo demam2 biasa suka sgt. pegi klinik (motif : nak MC).. walaweeeiii jahat ngat!!! huhuhuhu.. 


selepas minum air masak banyak2 dalam 1 botol besar (1.5 liter kot) lega sikit. Bila minum air banyak2 kerap g tandas then buang air.. lepas buang air mula2 sakit sgt.. Ya Allah xtau nak ckp mcmana..

Then melalui pembacaan ni la sakit yang saya alami, meh kita luangkan masa menambah ilmu jap~~



KENCING KOTOR

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.

Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
Kekurangan air dalam badan
Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
Pesakit kencing manis (diabetes)
Mengandung
Pengambilan sesetengah ubatan
Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
Batu karang dalam saluran kencing
Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.




Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.

Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai). 20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.

Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.

Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.

Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
Air kencing nampak kotor,
Kadang-kadang air kencing berdarah,
Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.

Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat.

Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang. 


Balik karang terus nak beli 'bocong' @ botol air besar, comel yang ada straw... almaklumlah duit tengah banyak ni.. (^_^).. jangan beli buat hiasan dah laa.. nak kena isi air kosong banyak2 dan minum sambil2 boleh turunkan berat badan...

Moh kita balik... (Mood : melayan lagu Law Kaana Bainana)




Beautiful song!!! Seandainya Rasulullah bersama kita~~




Khamis, 24 Mei 2012

Bulan REJAB dah tiba~~


sedar tak sedar kita dah berada pada 3 Rejab 1433H.. selalunya bukan Rejab ni ramai yang berpuasa (ganti puasa last2 minit lerr) termasuk la orang yang tengah menaip ni.. huhuhu shhhh~~~ ada juga dengar2 cerita bulan ni la nak tambah pahala, masa ni la nak taubat, nak kejar isra' mikraj & bla..bla..bla.. (banyak lagi lerr)


pada pendapat saya, tak perlu la nak bertaubat, puasa & beramal ibadah kena tunggu bulan Rejab.. kita patut buat SOKMO laa sayang oiii.. bertaubat setiap saat dan detik, beramal ibadah setiap hari, puasa bila nak kawal nafsu (all the times kot) huhuhu..


Meh nak kongsi ckit, awop~awop baca sampai habis tau.. (^_*) --wink*


(^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) 

Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.

Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)

Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)

Rasulullah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.

Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.

Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)


Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab
 yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.

Wallahu a’lam.



(^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*) (^_*)


Jadilah Pemikir, Jangan hanya mengikut~~ 
(Al-Quran Panduanku, Rasulullah Cintaku)

Rabu, 25 April 2012

Alhamdulillah,

Bersyukur ku pada Yang ESA, kerna diberi kesempatan hidup di dunia ini...

Waktu terhenti,

















Bersyukur Sifat Orang Mukmin

Hadith: 
Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Walaupun diriku bukanlah seorang mukmin dan bukan juga hamba Allah yang baik, tetapi aku tetap memohon agar diriku dikurniakan.... walau tidak byk, sedikit rasa bersyukur.. 

Bersyukur,

Marilah bersama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha ESA dan Rasulullah S.A.W. Diriku amat merinduiMU... Kurniakan ku keimanan dan ketakwaan serta kesabaran!! 

Selasa, 24 April 2012

bermulanya sebuah cherita~

Assalamualaikum w.b.t.

Aduhai kertas cyberku, di sini aku coretkan tentang hidupku, pengalamanku~~semoga menjadi teladan seluruh penduduk cyber di sini

hamba,

bukanlah sorang yang terer meluahkan perasaan dan bukan juga pencherita yang baguih

24 April 2012 (Selasa) jam 6:27 ptg.

bermulanya detik ku belajar, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari untuk menghasilkan sehelai kertas cyber dan seterusnya akan digabungkan menjadi buku cyber yang akan menjadi cyber hidupku.

terhenti,

Berhentilah waktu seketika pabila diriku mula menulis menggunakan keyboardku, dan waktu akan kembali menyambung detik, saat, minit dan jamnya pabila diriku kembali kepada dunia realiti nanti.


(~_~)'' ~ al-Jannah